Konsert Adam Lambert

Posted by KELAB IQRA' UTHM On Wednesday, October 20, 2010 0 comments

Salam,

Konsert Adam Lambert di Malaysia mendapat bantahan daripada ramai pihak. Lujnah Sukab Kesenian Islam KI sendiri tidak bersetuju dengan konsert tersebut. Adalah tidak wajar bagi umat Islam menonton konsert tersebut.

Ini kerana:

1. Adam Lambert mengaku dirinya gay atau homoseksual.

2. Lambert lebih suka memaparkan adegan-adegan yang tidak senonoh dalam klip video dan konsertnya, termasuklah adegan kontroversi di pentas Anugerah Award Amerika sebelum ini.

3. Kebanyakan stesen televisyen di luar negara mengharamkan persembahan dari artis tersebut. Contohnya, Good Morning America terbitan ABC di Amerika Syarikat membatalkan penampilan Lambert kerana menolak budaya liar penyanyi gay berkenaan.

4. Buang masa dan sia-sia. Tidak ada kepentingan langsung pada masyarakat umum.

5. Meruntuhkan nilai moral. Penonton yang hadir akan terpengaruh dengan sikap buruk artis.

6. Lambang kerosakan akhlak. Hiburan yang sia-sia itu sudah satu kesalahan, sikap dan personaliti artis yang rosak juga mencerminkan gejala sosial yang berlaku, terutamanya di negara kita.


Enam alasan untuk menolak penganjuran konsert ini sudah cukup sebagai garis panduan kepada semua, khususnya warga UTHM. Sebagai mahasiswa yang berintektual, kita boleh menilai antara baik dan buruk tentang perkara ini. Bukan sahaja konsert ini yang perlu kita tolak, begitu juga lagu-lagu Adam Lambert yang memang tidak mendatang faedah sedikitpun.


~Sakit Mental : Ancaman Masyarakat Moden~

Posted by KELAB IQRA' UTHM On Thursday, August 19, 2010 0 comments

Masalah mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik. Kini, masalah mental menjadi salah satu ancaman utama kepada seluruh penduduk dunia dan penduduk Malaysia khususnya.

Daripada data yang diperoleh, sekurang-kurangnya seorang daripada sembilan penduduk di Malaysia mengalami sakit mental bermula daripada kemurungan sehingga ke tahap skizofrenia. Golongan sakit mental merangkumi mereka yang gagal menyesuaikan diri dengan ketegangan dan gagal mengatasinya seperti masalah rumah tangga, ekonomi dan tekanan kerja. Mereka yang gagal membuang tabiat merokok, meminum minuman keras, menghidu gam, mengambil dadah dan berjudi juga tergolong dalam pesakit mental. Masalah mental merangkumi semua peringkat umur daripada kanak-kanak hingga peringkat tua. Bagi kanak-kanak misalnya malu untuk makan dan ke tandas, takut ke sekolah dan hiperaktif juga termasuk dalam golongan mereka yang mengalami gangguan mental. Bagi golongan tua pula, antara penyakit mental yang dikesan ialah nyanyuk dan mengalami kemurungan.

 

Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang pertama penyakit psikosis. Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata. Antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif. Kumpulan kedua ialah penyakit yang bukan psikosis atau neurosis.
 
Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita. Apabila perasaan biasa ini dan tingkah laku tertentu berlaku secara tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan harian seseorang dan menjejaskan hubungan dengan orang lain, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis ini. Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah ketakutan yang tidak berasas (fobia), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsesif kompulsif. Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya.
 
Penyakit mental boleh berbeza dari segi jangkamasa sakit dan tahap gangguan terhadap aktiviti harian. Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang. Kebanyakan pengidap penyakit mental hanya mengalami satu episod sahaja, tidak serius dan pulih dengan sempurna selepas rawatan.Terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinya masalah mental. Faktor pertama yang menyumbang kepada masalah mental ialah faktor genetik dan keturunan. Seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah mental berisiko tinggi untuk menghidap penyakit ini berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan.

Terdapat kajian yang menunjukkan kebarangkalian 1:100 peluang untuk seseorang dalam keluarga mendapat penyakit skizofrenia jika ada dalam ahli keluarganya mengidap penyakit tersebut berbanding 1:10 dalam masyarakat umum. Faktor kedua ialah gangguan bahan kimia dalam otak sebagai contoh penghasilan dopmin secara berlebihan menyebabkan masalah skizofrenia dan paras serotonim terlalu rendah menyebabkan masalah kemurungan. Apabila bahan kimia dalam otak yang dikenali neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik gejala penyakit mental akan berlaku. Faktor lain ialah jangkitan virus, sejarah hidup yang getir dan keadaan sosioekonomi yang rendah.
 
Selain itu, bagi tujuan rawatan pula terdapat beberapa jenis penyakit mental yang memerlukan rawatan segera seperti neurosis, penyakit mental organik seperti nyanyuk, gangguan personaliti, autism, hiperaktif, ketagihan dadah dan cubaan membunuh diri. Antara rawatan yang sering digunakan bagi merawat penyakit-penyakit ini ialah psikoterapi dan kaunseling, rawatan psikotropik, rawatan tingkahlaku dan rawatan elektrokonvulsif.
 
- Rawatan kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam dan rawatan ini diberikan secara pesakit luar.
 
- Rawatan psikotropik menggunakan berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik dan digunakan untuk rawatan penyakit mental. Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik.
 
- Rawatan tingkahlaku pula memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Teknik releksasi merupakan satu contoh rawatan jenis ini.
 
- Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius.
 
 
 

Pada masa kini, masyarakat mengangap mereka yang mengalami masalah mental sebagai satu ancaman kepada keselamatan mereka kerana akhbar sering melaporkan pelbagai kes amuk, bunuh dan gangguan-gangguan yang dilakukan oleh mereka yang mengalami masalah mental. Keadaan ini menyebabkan masyarakat membuat tanggapan negatif kepada mereka yang mengalami masalah mental ini tanpa mengkaji sebab mereka berkelakuan sedemikian.
 
Masyarakat tidak didedahkan secara sepenuhnya mengenai penyakit mental ini. Masyarakat hanya memandang pesakit mental adalah orang ‘gila'. Tetapi jika diperhatikan kembali hanya terdapat segelintir masyarakat yang mempunyai pengetahuan mengenai masalah mental sahaja yang dapat menerima serta membantu para pesakit mental. Peranan masyarakat dalam penerimaan golongan ini hanya boleh dicapai apabila setiap individu dalam masyarakat mempunyai pengetahuan mengenai penyakit mental secara umum. Mungkin pendedahan ini boleh diberikan di peringkat sekolah memandangkan sekolah merupakan medium terbaik dalam penjanaan ilmu pengetahuan serta memupuk sikap para pelajar dan masyarakat.
 
Pesakit mental tidak seharusnya dipinggirkan oleh masyarakat kerana mereka yang mengalami masalah mental mempunyai peluang untuk pulih semula dan menjadi sebahagian daripada masyarakat. Mereka sepatutnya diberi perhatian kerana ada dalam kalangan mereka mengalami tekanan dalam hidup yang berat sehingga mereka cenderung menghidap masalah mental. Tiada siapa yang mahu membantu untuk meringankan beban hidup mereka. Oleh itu, setiap individu perlu mengubah perspektif negatif mereka terhadap pesakit mental dan memberikan sokongan-sokongan yang diperlukan agar mereka tidak merasa terpinggir daripada kelompok masyarakat.
 

sumber: i luv islam


Jangan biarkan Piala Dunia lalaikan kita tentang Palestin diceroboh dan Masjid Aqsa yang hampir roboh....

Posted by KELAB IQRA' UTHM On Monday, July 5, 2010 0 comments

Masyarakat umat Islam dan orang Melayu hari ini seringkali leka dengan hedonisme (suka berhibur) seumpama seperti seni suara dan bola. Kita tahu bagaimana hiburan yang melampau banyak merosakkan akhlak umat Islam tetapi malangnya program dalam melahirkan lebih ramai penghibur terus subur. Sekarang ini seluruh dunia termasuk umat Islam banyak menumpu perhatian kepada bolasepak Piala Dunia sehingga ramai di kalangan kita tidak lagi menghiraukan masalah semasa yang sedang berlaku. 

                                                           
Ingatlah kita bagaimana pada tahun 1967, Sinai di Mesir jatuh ke tangan Israel antara sebabnya adalah kerana pada waktu itu orang Arab sedang disibukkan dengan bola. Oleh itu tumpuan kepada sukan tersebut janganlah melalaikan kita daripada menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah terutama dalam menjaga solat Subuh, kerja dan tugasan harian, amanah keluarga dan sebagainya.

Cuba perhatilah apa yang sedang dilakukan oleh musuh Islam terutama yahudi di Palestin di mana ketika dunia sedang berseronok dengan Piala Dunia, mereka terus menyerang umat Islam dan meruntuhkan Masjid Aqsa. Begitu juga tindakan kejam Amerika yang terus memburu dan membunuh sesuka hati umat Islam di Iraq, Afghanistan dan sebagainya. Begitu juga dengan pergolakan di Selatan Thailand yang terus berlaku bagaikan tiada tanda untuk berhenti.



Jika sebelum ini ketika Piala Dunia yang berlangsung di Jerman maka kita dapat lihat bagaimana zionis yahudi tidak pernah memadamkan api permusuhan terhadap Islam termasuk mendesak kerajaan Jerman agar tidak membenarkan Presiden Iran yang dituduh Hitler ke-2 daripada turut hadir di Jerman kerana beliau tidak mempercayai “holocaust” iaitu peristiwa pembunuhan beramai-ramai orang Eropah terhadap orang Yahudi sekitar Perang Dunia II lalu. Sebelum ini berapa ramai tokoh penulis dan politik yang diambil tindakan atas hasutan zionis yahudi kerana menyatakan bahawa pembunuhan terhadap yahudi terutama oleh Hitler dan tentera Nazi Jerman itu hanya rekaan untuk menarik simpati dunia terhadap yahudi sedangkan kejahatan zionis yahudi terutama di bumi Palestin adalah lebih teruk dan ganas di mana ia terus berlaku hingga hari ini. Inilah yang berlaku apabila pengganas cuba berlagak baik maka pelbagai cara digunakan untuk menutup kejahatan dan keganasan yang dilakukan.


Umat Islam juga perlu ingat kepada protokol yahudi ke-13 dalam menguasai dunia yang berbunyi : untuk menjauhkan orang ramai selain yahudi daripada mendapat maklumat baru tentang garis kerja yang zionis yahudi laksanakan maka kita akan melalaikan masyarakat dunia dengan pelbagai program permainan dan hiburan. Kita akan mengiklankan di dalam akhbar dan lainnya tentang seruan supaya mereka menceburi pelbagai kegiatan seperti aktiviti seni hiburan, sukan dan sebagainya. Dengan keseronokan yang baru ini maka pemikiran manusia akan lalai daripada memikirkan masalah perselisihan antara yahudi dengan mereka. Apabila sesuatu bangsa telah kehilangan sedikit demi sedikit nikmat berfikir maka mereka akan datang kepada yahudi kerana sebab yang satu iaitu yahudi akan menjadi anggota masyarakat yang bernilai dan lebih layak dalam mengemukakan pendapat dan buah fikiran yang baru kepada manusia. Melalui cara ini negara Israel akan diiktiraf oleh dunia dan seluruh dunia akan berkhidmat untuk yahudi

Ingatlah amaran nabi Muhammad s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said al-Khudri:


قال الرسول
e : لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ اَّلذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاٍع حَتَّى لَوْدَخَلُوْا فِى حُجْرِ ضَبٍّ لاتبَّعْتُمُوْهُمْ قُلْنَا : يارسولَ الله آليَهُوْدُ وَالنَّصَارَى؟. 
قَالَ : فَمَنْ ؟


Maksudnya: Kamu akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang dhob nescaya kamu pun akan turut mengikuti mereka. Para sahabat bertanya : ” Ya Rasulullah! Adakah Yahudi dan Nasrani?. Nabi bersabda: Siapa lagi kalau tidak mereka.

Renung-renungkanlah wahai sahabat-sahabat..


AHLAN WASAHLAN

Posted by KELAB IQRA' UTHM On Tuesday, June 22, 2010 0 comments


HARI SENIMAN : DIMANAKAH KUALITI FILEM SENIMAN KITA?

Posted by KELAB IQRA' UTHM On Saturday, June 19, 2010 0 comments

Lajnah Sukan & Kesenian Islam Kelab Iqra mengucapkan Selamat Hari Seniman kepada  seniman-seniman yang ternama atau tidak ternama.Tidak dapat  dinafikan mengenai kehebatan-kehebatan seniman-seniman negara kita sehingga ada yang tidak dapat dilupakan kehebatan mereka walau telah berjumpa Pencipta Yang Maha Esa di dunia yang lain.Pelbagai filem yang dilakonkan para seniman kita menjadi “BOX OFFICE” apabila ditayangkan sama ada di televisyen atau pawagam seluruh Malaysia.


Namun apa yang menjadi persoalan utama di sini ialah kualiti filem atau jalan cerita yang ditayangkan.Kekurangan filem-filem berkualiti dinegara kita merupakan persoalan yang harus dibincangkan oleh para seniman.Media massa hari ini lebih banyak menyiarkan cerita-cerita berbentuk tahyul termasuk cerita-cerita hantu ,sihir dan macam-macam lagi.Selepas habis satu cerita tahyul bersambung lagi cerita tahyul yang lain.

Cerita-cerita begini menyebabkan ramai anak-anak kecil yang baru hendak meningkat remaja hanya mampu mendengar dan lantas  menghafal nama-nama hantu dan jenis-jenis sihir yang ditayangkan di dalam jalan cerita tersebut.Sedangkan manusia global sibuk mengejar dunia maju kita pula yang tertinggal ke belakang.



Ini seolah-olah menunjukkan masyarakat Melayu yang beragama Islam di Malaysia ini hanya mempunyai hantu dan sihir.Ini akan menyebabkan pemikiran yang daif dan lemah sedangkan anak-anak muda kita sepatutnya dididik dengan  kehebatan Islam, kemajuan teknologi dan pemikiran  Islam .

Pujian harus diberikan kepada pengeluar filem Indonesia yang mana lebih menitikberatkan pengajaran,unsur-unsur agama Islam ,kualiti dan kesan filem tersebut terhadap pembangunan minda masyarakat mereka.Antara beberapa filem yang saya boleh nyatakan disini ialah Laskar Pelangi, Ayat-Ayat Cinta ,Ketika Cinta Bertasbih dan banyak lagi yang  tidak nyatakan disini.

Para seniman kita seolah-olah kehilangan idealisme dan identiti mengenai apa yang mereka perlu bawa didalam filem mereka.

Oleh itu, pada hari seniman yang julung kali disambut ini, saya berharap mereka dapat menghasilkan filem-filem yang mana lebih berkualiti dan membantu dalam meningkatkan tahap pemikiran masyarakat kita.

Ini kerana Media adalah kuasa “ajaib” pada zaman ini.


ESQ Training Bersama iLuvislam.com #2

Posted by KELAB IQRA' UTHM On Saturday, May 29, 2010 0 comments

5 sebab mengapa anda perlu menyertai ESQ Training bersama iLuvislam.com..

1. Harga termurah di pasaran. Harga normal untuk mahasiswa adalah RM 550. Manakala untuk golongan bekerja adalah RM 1380.

2. Menampilkan individu-individu hebat yang telah berjaya untuk memberikan inspirasi kepada anda. Kami akan menjemput alumni ESQ Training yang mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat untuk berkongsi pengalaman dengan anda. InsyaAllah di antara mereka adalah Dato' Hussamuddin Yaacob.

3. Anda boleh 're-charge' atau sertai ESQ Training(basics training) lain secara percuma di mana sahaja. Yuran kali ini adalah pelaburan seumur hidup anda!

4. ESQ Training merupakan sebuah training yang terbukti berkesan dalam membentuk individu dan organisasi yang mantap secara keseluruhan.

5. Mengumpulkan mahasiswa Malaysia yang menuntut di dalam dan luar negara.
Alhamdulillah, tahun lepas peserta terdiri daripada mahasiswa UK, Ireland, Mesir, Jordan, Yemen, Jepun, Jerman dan juga Malaysia. 

Sebarang Matlumat lanjut : i luv islam.com


Perasaan Marah Dan Jantung Kita

Posted by KELAB IQRA' UTHM On Wednesday, April 28, 2010 0 comments

www.iluvislam.com

APAKAH reaksi anda jika pemandu di depan mengambil masa lama untuk menggerakkan kenderaan apabila lampu isyarat bertukar ke hijau?
Apa pula perasaan anda apabila selepas lama beratur, tiba-tiba seseorang memintas barisan dan berdiri betul-betul di depan anda? Adakah anda menjadi marah atau boleh mengawal perasaan?
 
 comelnya bayi ini ketika marah..
 
Kemarahan ialah satu ekspresi perasaan yang ekstrem mengenai sesuatu yang anda tidak suka. Mempunyai perasaan marah bukan perkara buruk kerana ia menunjukkan kita manusia normal.
Malah, ada pakar berpendapat kemarahan pada peringkat rendah atau sederhana tidak menjadi masalah kerana dalam keadaan tertentu ia boleh memberi kesan positif kepada kita.
Contohnya apabila kita dapat memberitahu seseorang bahawa kita marah kepadanya secara tidak langsung boleh menenangkan fikiran kita.
Bagaimanapun, perasaan sangat marah boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan seseorang. Baik pada lelaki atau wanita, kemarahan boleh meninggalkan kesan yang jauh lebih mendalam berbanding kesan terhadap hubungan sesama insan.
Kemarahan sebenarnya boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular, iaitu pembunuh nombor satu di Malaysia dan seluruh dunia.
Kemarahan ada kaitan rapat dengan penyakit jantung koronari. Menurut satu kajian yang diterbitkan baru-baru ini di dalam Jurnal Kolej Kardiologi Amerika, kemarahan meningkatkan kebarangkalian mendapat sindrom koronari akut seperti serangan jantung sebanyak 19 peratus jika seseorang itu tidak pernah ada penyakit jantung, dan sebanyak 24 peratus jika pernah mengalami penyakit jantung.
Kemarahan itu sendiri bukan faktor tunggal kepada risiko sakit jantung. Ada pakar berpendapat, perasaan negatif yang lahir akibat kemarahan itu juga memberi sumbangan yang menyebabkan seseorang berasa resah dan tertekan.
Dua perasaan ini biasanya datang bersama kemarahan yang mungkin berlanjutan kepada emosi negatif lain.
Bagaimanakah kemarahan boleh menyebabkan penyakit jantung koronari?
Saintis mengatakan, kemarahan mungkin ada kesan langsung ke atas jantung dan salur darah (arteri). Emosi negatif seperti marah cepat meningkatkan tindak balas badan apabila menerima tekanan. Jika rangsangan sentiasa diberi, kesan ke atas jantung dan salur darah berlarutan.
Apabila dalam keadaan tertekan, badan menghasilkan hormon tekanan. Dalam keadaan biasa, hormon ini diperlukan untuk menolong kita dalam jangka masa pendek jika menghadapi krisis. Bagaimanapun, jika kita kerap marah, paras hormon tekanan ini meningkat.
Hormon tekanan yang berlebihan mempercepatkan proses aterosklerosis iaitu pengumpulan plak lemak pada dinding salur darah yang akhirnya membuatkan salur darah tersumbat; yang seterusnya boleh mengakibatkan penyakit jantung koronari dan serangan jantung.


Selain kesan biologi, kesan ke atas gaya hidup juga penting. Mereka yang mudah marah mungkin tidak dapat menjaga diri dengan baik.
Mereka lebih berkemungkinan untuk merokok, mempunyai pemakanan tidak baik dan seimbang, jarang melakukan senaman dan meminum alkohol berlebihan.
Semua ini juga faktor yang boleh membuat seseorang itu lebih berisiko mendapat penyakit jantung koronari.
 
Cara mengatasi kemarahan
Ada banyak cara mudah untuk mengatasi kemarahan. Antaranya ialah dengan:
1) Menarik nafas panjang dan kira dari satu hingga 10
2) Membayangkan tempat aman untuk menenangkan minda
3) Beredar dari situasi atau persekitaran yang membuatkan anda marah (secara fizikal dan emosi)
4) Mendengar ayat-ayat Quran
5) Mengisi masa dengan hobi
6) Jangan meletakkan harapan dalam setiap situasi
7) Meditasi
8) Meningkatkan tahap spiritual melalui sembahyang, doa dan zikir


 
عَنْ أَبيِ هُرَيْرَةَ - رضي الله عنه - أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ - صلى الله عليه وسلم - : أَوْصِنيِ . قَالَ : « لاَ تَغْضَبْ » فَرَدَّدَ مِرَارًا , قَالَ : « لاَ تَغْضَبْ » رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ .

Maksudnya : Daripada Abi Hurairah R.A, sesungguhnya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi sallallahu alaihi wa sallam : Berilah pesanan padaku, lalu bersabda baginda,: " Janganlah kamu marah", maka diulangnya berkali-kali "Janganlah kamu marah". Riwayat Albukhary.
 
Paling penting, anda harus menerima hakikat bahawa kehidupan ini tidak selalunya adil atau sempurna, dan anda harus mengambil tindakan wajar di dalam setiap keadaan. Ingat, setiap kali anda melakukan tindakan positif, anda sebenarnya menjaga jantung anda.

Sumber artikel asal : hmetro.com.my