Kemeriahan "JoM FuTsAL" anjuran LSKI, Kelab Iqra'

Posted by KELAB IQRA' UTHM On Thursday, April 8, 2010 0 comments




Priittt (Tiupan wisel)!!!!  "Foul!!! Nah, ambil ni kad kuning...main kasar." Itulah tugas biasa seorang pengadil. Memastikan kelancaran sesuatu permainan. kadang-kala memerlukan tindakan tegas.  Tegas dalam hikmah kata seorang rakan.









 JOM FUTSAL


'Jom Futsal' adalah pendekatan terbaru Kelab Iqra' melalui usaha yang dijalankan di bawah Lajnah Sukan & Kebudayaan Islam, LSKI yang dipengerusikan oleh saudara Mustaqim Yahya (gambar) bagi membudayakan amalan hidup sihat berteraskan Islam selain menjadi salah satu uslub dakwah yang digunakan Kelab Iqra' bagi menarik minat  dan mendekati golongan muda UTHM. Ia sekaligus  menjadi satu usaha bagi mengembalikan golongan as-syabab dan ar-rijal ini kepada penghayatan Islam yang sebenar. 




Projek besar yang dirancang dan digerakkan oleh LSKI ini diharap mampu membentuk suatu generasi anak muda Islam yang sihat dan cergas tubuh badan  serta cerdas dan tangkas pemikirannya bersesuaian dengan saranan Allah yang menyuruh umat Islam agar menyediakan diri dengan segala bentuk kekuatan demi persediaan dakwah yang semakin mencabar pada masakini. 




                                    


“Dan sediakanlah Segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan termasuklah dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, yang dengan persediaan itu mampu menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” (Al-Anfaal : 60)








Buat masa ini, program Jom Futsal ini dijalankan pada setiap hari selasa di gelanggang Futsal UTHM pada pukul 5.45 petang sehingga 6.50 petang. Program turut diserikan dengan ucapan-ucapan dari pimpinan Kelab Iqra' selain turut diisi dengan sesi "7 Minutes of Tazkirah's Corner " yang disampaikan oleh wakil yang dipilih dari kalangan peserta futsal sendiri . Ianya bertujuan melatih skill pengucapan umum dari kalangan peserta secara tidak langsung. 




"Ukhuwwah dalam berstrategi". Itulah ungkapan dari Pengerusi LSKI, saudara Mustaqim ketika memulakan sesi pada petang semalam sekaligus menjadi tema permainan pada petang itu. 




Menggambarkan betapa pentingnya dalam soal memburu kejayaan, haruslah mempunyai matlamat atau apa yang disebutkan sebagai "Begin With The End In Mind".







Kemudian, ia dilakukan dengan penuh persiapan dan persediaan mantap sepasukan. Perlaksaannya pula dilaksanakan secara "Proactive" iaitu menuntut komitmen dari setiap individu dalam pasukan untuk bergerak menjayakan misi yang disepakati. Semua memainkan peranan penting dalam pasukan. Dari penjaga gol sehinggalah kepada pemain penyerang, masing-masing memainkan peranan masing-masing tanpa wujud sebarang pertikaian antara satu sama lain.  Indahnya hidup berorganisasi dan terurus.




Dalam melaksanakan sesuatu agenda besar pula, jangan sesekali abaikan ukhuwwah dan persaudaraan kerana kita semua saling memerlukan lagi saling melengkapi antara satu sama lain. Apa yang disebutkan sebagai "Sinergi". 






Signifikan & pengajaran dari permainan berpasukan seperti futsal ini boleh dijadikan  analogi berguna kepada kita semua betapa dalam perjuangan dakwah dan membawa agenda besar Islam juga begitu. Ia saling memerlukan kepada kerjasama di antara satu sama lain dan tidak pernah wujud istilah "One Man Show" atau "alone ranger" dalam berdakwah.







Segala usaha bermanfaat yang dilakukan sebagai sumbangan kepada Islam ini mudah-mudahan mampu memberikan hasil pulangan yang lumayan kepada kita semua di dunia juga di akhirat kelak, insya-Allah. Bersama-sama kita doakan.




Pengumuman : 


Lajnah Sukan & Kebudayaan Islam, LSKI kini membuka penyertaan kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pasukan futsal Kelab Iqra' yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Pasukan yang diberi nama 'Iqra' Futsal Team' (IFT) ini akan memulakan sesi latihannya tidak lama lagi selain akan terlibat dalam kejohanan Futsal Rakan Muda 3 hingga 4 April ini. Kepada yang berminat, sila emailkan butiran peribadi anda seperti di bawah kepada pengerusi LSKI di muspng87@gmail.com atau hubungi beliau di talian : 013-7218319 / 0195282790. Penyertaan terbuka kepada semua warga UTHM yang berminat termasuk kepada rakan-rakan non-muslim dan pelajar antarabangsa (international students are invited to join the team). "Iqra' For All"







 


ta'ruf sebelum memulakan permainan, 'adab' yang menjadi ibadah di dalam Islam.
























"Ada yang tercicir. Yang gagah meneruskan perjuangan"





"bantulah kami, kami tak berdaya" jerit dua orang sahabat di belakang sana.











"Bila la nak bagi peluang aku main ni...tension aku?"





Aksi tangkas...tapi, di mana bolanya?...Islamo Ronaldo dalam pembikinan...





Khusyuk Mendengar 'kuliah' padang yang disampaikan...





"Tolonglah, terimalah saya masuk pasukan kamu...saya pun pandai main jugak...serius ni" - Faridz


"Sudah-sudah la tu Faridz, tak usah dok merayu..orang tak nak terima...pi duk tepi dulu...kacau yang lain nak main" - Mus









"Ha...Tiru macam kami ni...baru betul...instructor salah" - Haslizan & Fad





Ucapan terima kasih dan penghargaan dari pengerusi LSKI juga dari Pimpinan KI kepada semua peserta yang hadir...Moga Ukhuwah di antara kita terus bertaut...





















0 comments to Kemeriahan "JoM FuTsAL" anjuran LSKI, Kelab Iqra'