~Salam Final Exam Sesi 2 2009/2010 ~

Posted by KELAB IQRA' UTHM On Thursday, April 15, 2010 2 comments
Assalamualaikum dan salam mawardah.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas kurniaan nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Di kesempatan yang ada ini, saya menulis tentang perkara yang cukup besar kepada kita selaku seorang mahasiswa kampus UTHM  iaitu berkaitan dengan peperiksaan akhir semester bagi sesi 2009/2010 yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,


Musim Peperiksaan Akhir

Pertama sekali, saya mewakili  warga Lujnah Sukan & Kesenian Islam Kelab Iqra' (LSKI KI) ingin mengucapkan tahniah kepada warga kampus UTHM kerana berjaya mengharungi segala onak dan duri sepanjang pengajian sehinggalah berada di musim peperiksaan akhir. 

Mohon Restu
Sebagai peringatan kita bersama, sebelum anda semua melangkah ke dewan peperiksaan, mohonlah restu daripada Allah SWT, kedua ibu bapa serta pensyarah-pensyarah. Mohon dimaafkan segala kesalahan kita dan dihalalkan apa yang diajar. Restu dipohon agar hati menjadi tenang ketika melangkah masuk ke dewan peperiksaan nanti, manakala nasihat serta semangat dan dorongan yang diberikan kepada kita dapat membina keyakinan diri untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan ini, insyaAllah.

Sahabat-sahabiah sekalian, harus diingat, peperiksaan adalah peluang, bukan penghalang. Peperiksaan ialah cara untuk mencari mereka yang berkebolehan, bukannya mencari mereka yang gagal. Maka gunakanlah kesempatan ini untuk menunjukkan segala kemampuan dan kebolehan kita. Apatah lagi kita sebagai mahasiswa Islam, menonjolkan pencapaian yang terbaik dalam peperiksaan juga merupakan perkara yang perlu untuk menunjukkan keizzahan Islam itu sendiri secara tidak langsung.


Usaha+Doa+Tawakkal=Kejayaan

Panjatkanlah doa kepada Allah SWT agar dipemudahkan segala urusan semasa dan selepas menjawab soalan-soalan yang akan dihadapi nanti. Usaha yang dilakukan sepanjang semester ini diharap dapat menjadi bekalan semasa mengharungi peperiksaan akhir. Juga, pastikan kesihatan dan keselamatan diri terpelihara sepanjang minggu peperiksaan ini. LSKI KI UTHM mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir semester 2009/2010 kepada semua mahasiswa kampus UTHM.

Sekian, wallahua’lam.

Kemudian , apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh , Allah mencintai orang yang bertawakal…” (Ali-Imran:159)


2 comments to ~Salam Final Exam Sesi 2 2009/2010 ~

  1. says:
    This comment has been removed by the author.