Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas kurniaan nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Di kesempatan yang ada ini, saya menulis tentang perkara yang cukup besar kepada kita selaku seorang mahasiswa kampus UTHM iaitu berkaitan dengan peperiksaan akhir semester bagi sesi 2009/2010 yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,
Musim Peperiksaan Akhir
Pertama sekali, saya mewakili warga Lujnah Sukan & Kesenian Islam Kelab Iqra' (LSKI KI) ingin mengucapkan tahniah kepada warga kampus UTHM kerana berjaya mengharungi segala onak dan duri sepanjang pengajian sehinggalah berada di musim peperiksaan akhir.
Sahabat-sahabiah sekalian, harus diingat, peperiksaan adalah peluang, bukan penghalang. Peperiksaan ialah cara untuk mencari mereka yang berkebolehan, bukannya mencari mereka yang gagal. Maka gunakanlah kesempatan ini untuk menunjukkan segala kemampuan dan kebolehan kita. Apatah lagi kita sebagai mahasiswa Islam, menonjolkan pencapaian yang terbaik dalam peperiksaan juga merupakan perkara yang perlu untuk menunjukkan keizzahan Islam itu sendiri secara tidak langsung.
Usaha+Doa+Tawakkal=Kejayaan
Panjatkanlah doa kepada Allah SWT agar dipemudahkan segala urusan semasa dan selepas menjawab soalan-soalan yang akan dihadapi nanti. Usaha yang dilakukan sepanjang semester ini diharap dapat menjadi bekalan semasa mengharungi peperiksaan akhir. Juga, pastikan kesihatan dan keselamatan diri terpelihara sepanjang minggu peperiksaan ini. LSKI KI UTHM mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir semester 2009/2010 kepada semua mahasiswa kampus UTHM.
”Kemudian , apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh , Allah mencintai orang yang bertawakal…” (Ali-Imran:159)



2 comments to ~Salam Final Exam Sesi 2 2009/2010 ~
Mujahidah Amar Ma'ruf Nahi Mungkar Maattaufiq Wannajah..
(^_^)
Post a Comment