Salam,Konsert Adam Lambert di Malaysia mendapat bantahan daripada ramai pihak. Lujnah Sukab Kesenian Islam KI sendiri tidak bersetuju dengan konsert tersebut. Adalah tidak wajar bagi umat Islam menonton konsert tersebut.
Ini kerana:
1. Adam Lambert mengaku dirinya gay atau homoseksual.
2. Lambert lebih suka memaparkan adegan-adegan yang tidak senonoh dalam klip video dan konsertnya, termasuklah adegan kontroversi di pentas Anugerah Award Amerika sebelum ini.
3. Kebanyakan stesen televisyen di luar negara mengharamkan persembahan dari artis tersebut. Contohnya, Good Morning America terbitan ABC di Amerika Syarikat membatalkan penampilan Lambert kerana menolak budaya liar penyanyi gay berkenaan.
4. Buang masa dan sia-sia. Tidak ada kepentingan langsung pada masyarakat umum.
5. Meruntuhkan nilai moral. Penonton yang hadir akan terpengaruh dengan sikap buruk artis.
6. Lambang kerosakan akhlak. Hiburan yang sia-sia itu sudah satu kesalahan, sikap dan personaliti artis yang rosak juga mencerminkan gejala sosial yang berlaku, terutamanya di negara kita.
Enam alasan untuk menolak penganjuran konsert ini sudah cukup sebagai garis panduan kepada semua, khususnya warga UTHM. Sebagai mahasiswa yang berintektual, kita boleh menilai antara baik dan buruk tentang perkara ini. Bukan sahaja konsert ini yang perlu kita tolak, begitu juga lagu-lagu Adam Lambert yang memang tidak mendatang faedah sedikitpun.

0 comments to Konsert Adam Lambert
Post a Comment